Instagram

Potret Tutorial


Untuk melukis potret yang nampak  realistik setiap foto yang ditiru mestilah mempunyai kejelasan & kualiti yang sangat tinggi,barulah kita dapat menghasilkan potret yang realistik dan berkualiti dan selain itu , anda  mestilah mempunyai pemahaman asas dalam lukisan  sebelum cuba untuk melukis potret secara serius.


Teknik "shading" memerlukan kepakaran yang sangat tinggi,shading yang terbaik akan menghasilkan potret yang sangat realistik.Selain itu teknik pencahayaan juga perlu ada dalam setiap lukisan potret kerana ianyanya akan membentuk struktur keseluruhan potret tersebut.


Cara-cara melukis mata buat lakaran kasar terlebih dahulu,kemudian mulakan shading di bahagian anak mata ,dimana setiap anak mata akan ada satu pantulan cahaya..cuma kekadang kedudukanya agak berbeza..kemudian dibahagian kelopak mata perlu digelapkan dan di bahagian yang ada pantulan cahaya perlu dicerahkan bagi menampakan bentuk mata yang sebenar, 


Secara peribadi, saya percaya bahawa hidung adalah ciri yang agak sukar jugalah untuk dilukis.. kerana ia berada di tengah2 muka .. apatah lagi terdapat pelbagai jenis bentuk hidung. Memandangkan latar belakang etnik atau bangsa yang berlainan mempengaruhi rupa bentuk hidung daripada panjang ke lebar.Bentuk tu macam2 lah..ada yang mancung,kembang,yang bulat & yang kemek pun ada..jangan marah..

 Gelapkan kedua-dua belah hidung di bahagian atas dengan sedikit coretan kecil untuk membangkitkan pandangan tiga dimensi. Fokus dibahagian hujung hidung atau bahagian lubang hidung biasanya akan lebih gelap daripada bahagian atas hidung.Shading disekitar kawasan hidung untuk gambaran bayang.Gunakan pemadam untuk menyerlahkan bahagian atas batang hidung dengan membuat sedikit pantulan cahaya.



Bagi aku bahagian yang boleh dikira agak susah jugak la ialah bahagian mulut yang menampakan gigi..silap2 kalau tak jadi boleh jadi jongang..hehe..garisan2 halus perlu dinampakan pada setiap bibir dimana setiap garisan2 tersebut perlu digelap & dicerahkan bagi menimbulkan bentuk bibir tersebut..



Bahagian yang paling aku suka lukis ialah rambut..first time mula nak lukis potret bahagian rambut memang bahagian yang paling aku" bengong" nak buat..belajar punya belajar..sampailah aku pandai buat hehe..thank to Youtube..banyak sangat membantu..nak lukis rambut ni tak la susah sangat mula2 hitamkan semua bahagian rambut tu,kemudian gosokan keseluruhan guna tissu jer..pas tu ambil pemadam nipis just garis2 jer untuk menampakan urai2 rambut yang bersinar...kemudian gelapkan semula bahagian rambut yang tidak terkena pantulan cahaya.



Perkara penting yang perlu diingat apabila melukis pakaian adalah lipatan 
pakaian yang akan ditentukan oleh tindakan badan. Apabila badan bergerak, lipatan  pun akan turut bergerak. Ingat, apabila melukis pakaian, setiap corak  lipatan haruslah menonjol...mata kena teliti sikit kalau nak lukis baju ni terutama sekali yang bercorak kalau yang kosong tu senang jer..Teknik cerah & gelap adalah sangat penting dalam menghasilkan lukisan yang "life".


Tiada ulasan: